Pihak kami menawarkan 4 jenis rumput iaitu Cowgrass, Peral Grass, Rumput Karpet Filipina dan Rumput Karpet Jepun. Saiz standard bagi rumput tersebut ialah 2 x 1 (2 kaki persegi).
Rumput Lembu @ Cow Grass
berdaun tirus dihujungnya, rumput biasa dan tumbuh melata
HARGA : RM /dua kaki persegi
( Harga boleh dirunding untuk pembelian secara pukal )
Ciri-ciri Rumput Lembu :
- Tahan lasak dan senang tumbuh.
- Tidak perlu dibaja.
- Boleh hidup di kawasan redup.
- Tidak memerlukan air yang banyak kecuali jika cuaca terlalu panas kering beberapa minggu.
- Biasanya cow grass ini terdapat di padang rumput sekolah-sekolah.
Kelemahan :
- Rumput lembu kelihatan tidak begitu rata dan tidak seperti rumput karpet.
- Ia perlu dipotong pada setiap beberapa minggu agar tidak panjang dan tidak sekata.
- Kesuburannya bergantung kepada kekerapan hujan dan kesuburan tanah. Semakin banyak air dan tanah yang subur, maka ia cepat tumbuh dengan baik.
Rumput Mutiara @ Pearl Grass
Berdaun bulat dan tebarl dan kelihatan seperti rumput lembu
HARGA : RM /dua kaki persegi
( Harga boleh dirunding untuk pembelian secara pukal )
HARGA : RM /dua kaki persegi
( Harga boleh dirunding untuk pembelian secara pukal )
Ciri-ciri Rumput Mutiara :
- Kurang tahan lasak seperti Cow Grass.
- Memerlukan banyak air berbanding Cow Grass.
- Memerlukan kawasan yang agak terlindung dan bukan di bawah cahaya mentari sepanjang masa. Ia boleh hidup di kawasan redup.
- Sangat baik bagi tanah berpasir dan mempunyai saliran air yang baik.
Kelemahan :
- Pertumbuhannya perlahan sehinggakan tidak perlu memotongnya.
- Disebabkan oleh pertumbuhannya yang perlahan, benih lain boleh hidup dengan senang sehingga memakan akar rumput ini. Oleh itu, kita perlu sentiasa memeriksa dan memastikan agar benih lain tidak merosakkan rumput mutiara tersebut.
- Rumpai dan rumput liar boleh merosakkan rumput ini sekiranya dibiarkan berlarutan tanpa pemeriksaan.
- Sekiranya cuaca terlalu panas dan kekurangan air, rumput ini akan bertukar menjadi coklat di bahagaian tepi bilah rumput.
Rumput Karpet Filipina
Teksturnya kasar daripada rumput Jepun
tetapi lebih halus daripada rumput Lembu dan rumput Mutiara
HARGA : RM /dua kaki persegi
( Harga boleh dirunding untuk pembelian secara pukal )
Rumput Karpet Jepun
Teksturnya halus dan menghijau serta
lebih halus daripada rumput karpet Filipina
HARGA : RM /dua kaki persegi
( Harga boleh dirunding untuk pembelian secara pukal )
Teksturnya kasar daripada rumput Jepun
tetapi lebih halus daripada rumput Lembu dan rumput Mutiara
HARGA : RM /dua kaki persegi
( Harga boleh dirunding untuk pembelian secara pukal )
Ciri-ciri Rumput Filipina :
- Tahan lasak dan mempunyai akar yang kuat.
- Tidak memerlukan air yang banyak kerana apabila kita kurang menyiram air, akarnya akan lebih mencengkam dengan lebih dalam dan kuat.
- Memerlukan cahaya matahari sepanjang hari.
- Warnanya yang pudar dan gelap menjadi kegemaran bagi sesetengah orang.
- Bersifat agresif dan boleh bersaing dengan rumput dan rumpai yang lain.
Kelemahan :
- Sekiranya rumput ini terlindung dengan cahaya matahari, maka ia lebih cenderung menjadi lebih tinggi dan lebat.
- Oleh sebab sifatnya yang agresif, kita perlu memotong rumput ini 2 minggu sekali.
- Sekiranya membiarkan ia terlalu lama, maka rumput ini akan menjadi lebih tinggi.
- Tidak boleh memotong terlalu pendek kerana ia boleh menyebabkan terdapat kesan tompok coklat kepada rumput.
Rumput Karpet Jepun
Teksturnya halus dan menghijau serta
lebih halus daripada rumput karpet Filipina
HARGA : RM /dua kaki persegi
( Harga boleh dirunding untuk pembelian secara pukal )
Ciri-ciri Rumput Karpet Jepun :
- Tumbuh agak perlahan dan tidak perlu kerap memotong rumput.
- Sangat memerlukan air.
- Spesis rumput ini adalah antara rumput yang paling mahal. Ini disebabkan oleh rumput jenis ini adalah lebih lembut, padat dan lebih pendek.
Kelemahan :
- Ia perlu dijaga dengan teliti.
- Apabila cuaca dan tanah kering, rumput ini cenderung untuk mati.
- Ia tidak boleh bersaing dengan rumput dan rumpai lain yang tumbuh dengan cepat kerana pertumbuhannya perlahan.
0 comments:
Post a Comment