Apa yang perlu kita tahu sebelum membeli sebarang jenis rumput ialah maintenance atau penyelenggaraan rumput tersebut adalah mudah, tetap menghijau dan sesuai dengan kegunaannya. Ia menjadi aset yang penting dalam jangka masa panjang.
Ramai di antara kita memilih jenis rumput tanpa mengira faktor-faktor seperti berikut iaitu :
- Keadaan cuaca di Malaysia
- Cahaya matahari
- Baja
- Keperluan air
- Jumlah merumput
- Pemotongan rumput
Antara jenis-jenis rumput yang biasa dilihat di taman-taman di negara kita ialah :
- Rumput Mutiara ( Pearl Grass )
- Rumput Lembu ( Cow Grass )
- Rumput Karpet Jepun ( Japan carpet Grass )
- Rumput Karpet Filipina ( Philipine Grass )
Kebiasaannya kita memikirkan kos yang perlu diperuntukkan bagi projek pengubahsuaian sebuat taman kecil. Itu adalah perkara asas yang pertama yang difikirkan iaitu bajet yang kurang tetapi produk adalah berkualiti.
Walau bagaimana pun jenis rumput tersebut, penjagaannya adalah perlu bagi mengekalkan kualitinya.
0 comments:
Post a Comment